Harta Yang Sebenarnya
Jika
direnungi, ternyata harta kita yang sesungguhnya hanya tiga saja, selebihnya
memang harta kita tetapi hakikatnya bukan harta kita karena MAYORITAS harta
sejatinya hanya kita tumpuk saja dan bisa jadi BUKAN kita yang menikmati, hanya
sekedar dimiliki saja
Tiga harta sejati yang kita nikmati, itupun menikmati sementara saja yaitu
Tiga harta sejati yang kita nikmati, itupun menikmati sementara saja yaitu
1. Makanan
yang kita makan
Makanan yang di kulkas belum tentu kita yang
menikmati semua. Makanan yang di gudang belum tentu kita yang menikmati semua.
Uang yang kita simpan untuk beli makanan belum tentu kita yang menikmati
Ketika menikmati makanan pun ini hanya sesaat
dari keseharian kita, hanya melewati lidah dan kerongkongan sebentar saja
2. Pakaian
yang kita pakai
Termasuk sarana yang kita pakai seperti
sepatu, kendaraan serta rumah kita. Ini yang kita nikmati. Akan tetapi inipun
sementara saja karena pakaian bisa usang sedangkan rumah akan diwariskan
3. Sedekah
Ini adalah HARTA KITA YANG SEBENARNYA, sangat
berguna di akkhirat kelak. Inipun berlalu sebentar dari genggaman kita di dunia
Selebihnya harta yang kita tumpul hakikatnya bukan harta kita, kita tidak
menikmatinya atau hanya menikmati sesaat saja. Misalnya menumpuk harta:
– Rumah ada dua atau tiga, yang kita nikmati utamanya hanya satu rumah saja
-Uang tabungan di bank beratus-ratus juta atau miliyaran, yang kita nikmati
hanya sedikit saja selebihnya kita hanya kita simpan
-Punya kebun yang luas, punya toko yang besar, hanya kita nikmati sesaat saja
Inilah yang dimaksud hadits, harta sejati hanya tiga. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﺑْﻦُ
ﺁﺩَﻡَ ﻣَﺎﻟِﻰ ﻣَﺎﻟِﻰ – ﻗَﺎﻝَ – ﻭَﻫَﻞْ ﻟَﻚَ ﻳَﺎ ﺍﺑْﻦَ ﺁﺩَﻡَ ﻣِﻦْ ﻣَﺎﻟِﻚَ ﺇِﻻَّ
ﻣَﺎ ﺃَﻛَﻠْﺖَ ﻓَﺄَﻓْﻨَﻴْﺖَ ﺃَﻭْ ﻟَﺒِﺴْﺖَ ﻓَﺄَﺑْﻠَﻴْﺖَ ﺃَﻭْ ﺗَﺼَﺪَّﻗْﺖَ
ﻓَﺄَﻣْﻀَﻴْﺖَ
“Manusia berkata, “Hartaku-hartaku.” Beliau bersabda, “Wahai manusia, apakah benar engkau memiliki harta? Bukankah yang engkau makan akan lenyap begitu saja? Bukankah pakaian yang engkau kenakan juga akan usang? Bukankah yang engkau sedekahkan akan berlalu begitu saja? ” (HR. Muslim no. 2958)
“Manusia berkata, “Hartaku-hartaku.” Beliau bersabda, “Wahai manusia, apakah benar engkau memiliki harta? Bukankah yang engkau makan akan lenyap begitu saja? Bukankah pakaian yang engkau kenakan juga akan usang? Bukankah yang engkau sedekahkan akan berlalu begitu saja? ” (HR. Muslim no. 2958)
Riwayat yang lain,
ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟْﻌَﺒْﺪُ ﻣَﺎﻟِﻰ ﻣَﺎﻟِﻰ ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﻟَﻪُ ﻣِﻦْ ﻣَﺎﻟِﻪِ ﺛَﻼَﺙٌ ﻣَﺎ ﺃَﻛَﻞَ ﻓَﺄَﻓْﻨَﻰ ﺃَﻭْ ﻟَﺒِﺲَ ﻓَﺄَﺑْﻠَﻰ ﺃَﻭْ ﺃَﻋْﻄَﻰ ﻓَﺎﻗْﺘَﻨَﻰ ﻭَﻣَﺎ ﺳِﻮَﻯ ﺫَﻟِﻚَ ﻓَﻬُﻮَ ﺫَﺍﻫِﺐٌ ﻭَﺗَﺎﺭِﻛُﻪُ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ
“Hamba berkata, “Harta-hartaku.” Bukankah hartanya itu hanyalah tiga: yang ia makan dan akan sirna, yang ia kenakan dan akan usang, yang ia beri yang sebenarnya harta yang ia kumpulkan. Harta selain itu akan sirna dan diberi pada orang-orang yang ia tinggalkan. ” (HR. Muslim no. 2959)
BUKAN berarti seorang muslim harus miskin dan
tidak boleh kaya. Tetapi gunakanlah kekayaan tersebut untuk membela agama dan
membuat anda bahagia yang sejati sebagaimana perintah agama [1]
“Bahagia sejati adalah membuat orang lain
bahagia”. Sebagaimana ungkapan indah
أسعد الناس من أسعد الناس
“Manusia paling bahagia adalah yang membuat
manusia lainnya bahagia”. Gunakan harta untuk membantu orang lain. “Semakin kaya, semakin dermawan. Bukan semakin meningkatkan gaya hidup”. Tidak lupa harta tersebut kita sisihkan untuk
anak-dan cucu kita sebagai warisan yang cukup bagi mereka agar mereka tidak
meminta-minta dan hidup layak.
Semakin tua usia kita harusnya kita sadar
harta yang kita tumpuk akan kita tinggalkan dengan kematian. Bukannya semakin
tamak mengumpulkan harta dan melupakan bekal akhirat. Inilah yang diingatkan oleh Rasulullah
shallallahu‘alaihi wa sallam
ﻳَﻬْﺮَﻡُ ﺍﺑْﻦُ ﺁﺩَﻡَ ﻭَﺗَﺒْﻘَﻰ ﻣِﻨْﻪُ ﺍﺛْﻨَﺘَﺎﻥِ ﺍﻟْﺤِﺮْﺹُ
ﻭَﺍﻷَﻣَﻞُ
“Jika manusia berada di USIA TUA, ada dua hal yang tersisa baginya: sifat TAMAK
dan banyak angan angan.” (HR. Ahmad, 3: 115, dishahihkan oleh Syaikh Syu’aib Al
Arnauth)
Terlalu banyak dalil mengenai fitnah/ujian harta yang membuat manusia lalai dan
lupa akan akhirat. Semoga kita dilindungi dari fitnah ini. Amin
Harta yang dimiliki tetapi
belum benar-benar dimiliki jika tidak memenuhi satu syarat utama. Apa syarat
tersebut? Syaratnya, harta tersebut memanfaatkan diri-sendiri, bahkan juga
orang lain. Bagaimana?
Dengan membelanjakan dan
menggunakan harta tersebut ke jalan yang betul seperti menyara diri-sendiri dan
memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Juga dengan memperbanyakkan BERSEDEKAH
kepada orang lain, MENGELUARKAN ZAKAT dan MEWAKAFKAN harta ke jalan yang
diredhai.
Cintai harta
milik sendiri, bukan harta milik orang lain
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud, “Daripada kalangan umatku ini, siapakah yang sayangkan harta
saudaranya lebih daripada hartanya sendiri?”Sahabat bertanya, “Wahai
Rasulullah, siapakah yang lebih menyayangi harta orang lain melebihi hartanya
sendiri?”
Baginda bersabda lagi, “Harta
milik sendiri adalah harta yang didermakan dan disedekahkan kepada orang lain.
Harta orang lain adalah harta yang disimpan yang tidak disedekahkan kepada
sesiapa.”
Apabila diteliti daripada hadis
di atas, sangat jelas kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya
supaya bersedekah berbanding menyimpan harta untuk kegunaan sendiri sahaja. Jika
kita berasa hendak bersedekah, ini bermakna kita lebih menyayangi harta orang
lain berbanding harta milik sendiri. Harta milik sendiri yang dimaksudkan dalam
hadis di atas adalah harta yang disedekahkan kepada fakir miskin, anak-anak
yatim serta orang yang berjuang di jalan Allah. Ini seumpama ‘tabungan’ kita
untuk keperluan akhirat.
Semakin banyak sedekah
dikeluarkan, semakin banyak harta dalam tabungan akhirat kita.
Firman Allah s.w.t. dalam surah
al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud: “Kebajikan itu bukanlah menghadapkan
wajahnya ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu adalah (kebajikan) orang
yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan
nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim,
orang miskin, orang yang dalam perjalanan (musafir) peminta-minta, untuk
memerdekakan hamba sahaya, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang
yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemalaratan,
penderitaan dan pada masa peperangan.
Mereka itulah orang yang benar
dan mereka itulah orang yang bertakwa.”
Ayat di atas menerangkan kepada
kita siapakah yang layak untuk menerima sedekah yang mana antaranya adalah:Anak-anak
yatim, Orang miskin Orang yang bermusafir, dan Fakir. Golongan ini berhak menerima
sedekah dan zakat daripada orang yang berkemampuan.
Zakat dan sedekah sama ada
dalam bentuk wang ringgit, makanan, pakaian atau pun barangan dalam jumlah
tertentu boleh membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan memerlukan ini. Zakat
seperti zakat fitrah dan zakat harta pula
sudah ditetapkan nilainya wajib dikeluarkan bagi
membersihkan harta yang dimiliki kerana sebahagian daripadanya adalah milik
golongan yang memerlukan ini. Anak-anak yatim berhak menerima zakat dan sedekah
kerana mereka sudah tidak ada tempat untuk bergantung. Bagi anak-anak ini,
selagi mereka belum mampu untuk berdikari, mereka berhak untuk menerima
pemberian ini. Islam juga tidak meminggirkan orang miskin.
Dengan kewajipan mengeluarkan
zakat yang dikenakan kepada mereka yang mampu, sekurang-kurangnya beban yang
mereka tanggung dapat dikurangkan. Begitu juga dengan si fakir yang hidup
melarat. Dengan sedikit pemberian daripada mereka yang berkemampuan, golongan
ini mungkin tidak akan kelaparan. Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya supaya
lebih mencintai harta milik sendiri berbanding harta milik orang lain kerana
harta yang kita miliki secara hak itulah yang akan menjamin masa depan kita di
akhirat kelak.
Perbuatan menyanjung harta yang
bukan milik kita adalah sesuatu yang sia-sia kerana langsung tidak memberikan
apa-apa faedah pun kepada kita. Tidak rugi sebenarnya amalan suka bersedekah
ini. Selain menanamkan bilangan harta yang kita miliki di akhirat kelak,
sedekah juga menjadi penghalang daripada percikan api neraka. Allah s.w.t.
menjanjikan syurga bagi orang yang beriman yang tidak tertipu dengan harta
dunia dan itu adalah sebaik-baik ganjaran kepada orang mukmin.
Sangat banyak kelebihan yang
bakal diterima oleh orang mukmin yang suka bersedekah. Firman Allah s.w.t. dalam surah
al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:“Perumpamaan orang yang menginfakkan
hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,
pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang
Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas Maha Mengetahui.” Bagi mereka yang sudah pun
mengeluarkan harta untuk disumbangkan ke jalan Allah, suatu jaminan diberikan
oleh Allah kepadanya bahawa pengorbanannya itu bukan suatu yang sia-sia.
Sebaliknya, mereka akan
menerima pelbagai ganjaran yang tidak terhitung banyaknya daripada Allah di
akhirat kelak. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 262:
“Orang yang menginfakkan
hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu
dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh
pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak
bersedih hati.”
Kesimpulan
Harta sebenar yang kita miliki
bukanlah harta yang disimpan sahaja atau yang dimanfaatkan untuk diri-sendiri
sahaja, tetapi adalah harta yang dimanfaatkan untuk orang lain. Harta inilah
yang akan menjamin kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat nanti.
Oleh itu, janganlah takut dan
rasa kedekut untuk mengeluarkan sedekah dan membayar zakat daripada harta yang
disimpan kerana dengan cara inilah kita menjamin bahawa harta tersebut
benar-benar menjadi milik sendiri.Milik yang kekal hingga ke akhirat.
Catatan kaki:
[1] Sesuai hadits,
ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍْﻷَﻋْﻤَﺎﻝِ ﺃَﻥْ ﺗُﺪْﺧِﻞَ ﻋَﻠَﻰ ﺃَﺧِﻴْﻚَ ﺍْﻟﻤـُﺆْﻣِﻦِ ﺳُﺮُﻭْﺭًﺍ
“Seutama-utama amal adalah engkau memasukkan kebahagiaan kepada saudaramu yang mukmin.” [HR Ibnu Abi ad-Dunya]
[2] Sebagaimana hadits
ﺇِﻧَّﻚَ ﺃَﻥْ ﺗَﺬَﺭَ ﻭَﺭَﺛَﺘَﻚَ ﺃَﻏْﻨِﻴَﺎﺀَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺃَﻥْ ﺗَﺬَﺭَﻫُﻢْ ﻋَﺎﻟَﺔً ﻳَﺘَﻜَﻔَّﻔُﻮﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱَ
“Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu kaya, itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin sehingga mereka terpaksa meminta-minta kepada sesama manusia.” (HR. Bukhari)
***********************
Kontributor: Ust Raehanul Bahraen. Editor: Ustaz Sofyan Kaoy Umar, MA, CPIF. Email: ustazsofyan@gmail.com